Love Like This!!!

bab 1
 “Lisa, dah siap ke belum?” Tanya Puan Sri Mahani kepada anaknya, Puteri Nur Illieya Alyssa. Rasanya sudah setengah jam dia berdiri di hadapan pintu bilik anaknya itu.bab 1

“Kejap ma...Lagi lima minti Lisa keluar. Mama tunggu kat kereta, nanti Lisa datang.” Ujar Lisa. Kalau nak diikutkan hati, dia memang  tidak mahu pergi ke majlis hari jadi anak kawan mamanya itu. ‘Yelah, nama pun majlis hari jadi anak kawan mama..... buat apa nak pergi, bukan kawan aku pun...Ni mesti nak jodohkan aku dengan anak kawannya la tu.Budak tu pun satu...Dah besar pon sibuk nak sambut hari jadi.Tak sedar ke yang kau tu dah 17 tahun...’desis hatinya.
Sebab itulah dia sengaja melengahkan masa, biar lambat ke majlis tu. Aik. Macam mana pulak di boleh tau anak kawan mama nya umur 17 belas tahun? Mestilah dia tahu sebab mamanya selalu becerita tentang budak tu.


“Lisa tunggu apa lagi tu? Cepatla keluar kereta...kawan mama tengah tunggu tu..” Puan Sri Mahani memuncungkan bibirnya kearah seorang wanita yang sedang melambai kearahnya.`oh..itu rupanya kawan mama. Ni party hari jadi anak dia ke party hari jadi dia. Mana taknya.... Lip Lap Lip Lap bajunya....Ish aku nie, sempat lagi kutuk orang....hahahha...’

“Kalau Lisa tunggu sini sampai majlis tamat tak boleh ke ma..?” Lisa merayu sambil membuat muka kasihan memandang Puan Sri Mahani. Dia memang tidak suka dengan anak orang kaya. Baginya, orang kaya semuanya berlagak. Lisa,Lisa. Kau ni dah lupa ke yang kau ni pun anak orang kaya jugak?

“Jangan nak ngada-ngada, dari tahun lepas lagi dia nak jumpa dengan Lisa tau tak?” Puan Sri Mahani menjengilkan matanya. ‘wek, tak takut....’ omel Lisa lagi.

“Ye la.....” Lisa mengalah akhirnya.


Lisa beriringan dengan Puan Sri Mahani kearah wanita tadi. Semakin melebar senyumannya apabila melihat Lisa di sebelah Puan Sri Mahani. Mana tak nye... dah berapa kali diajak Lisa untuk datang kerumahnya tapi satu undangan pun dia tak terima. Alasannya busylah, banyak kerja sekolahla, hari ni ada kokurikulumla, Ulang kaji untuk SPM la.......Lisa,Lisa, banyak betul alasan yang dia bagi. Paling tak logik part ulang kaji untuk SPM tu.Ye la, dia kan baru Form 4...Hahaha.

“Zaimah, ni la anak aku yang aku selalu ceritakan tu...Puteri Nur Illieya Alyssa. Panggil dia Lisa je. Dia ni la satu-satunya puteri aku. Lisa, ni la Aunty Zaimah. Yang selalu ajak kamu pergi rumah dia tu.” Lisa mengangukkan kepala lantas menghulurkan tangan untuk bersalam.

“Apa khabar Aunty?” Lisa memulakan perbualan dengan wanita yang diperkenalkan oleh ibunya sebagai Aunty Zaimah itu.

“Khabar baik. Lisa macam mana pulak, sihat? Akhirnya dapat jugak Aunty tengok muka kamu. Cantiklah dia Mah, pandai kau dengan Harris jaga dia, sopan betullah anak dara kau ni! Kalau anak aku kahwin dengan anak kamu ni, mesti comelkan cucu kita.”Aunty Zaimah tidak henti-henti memuji Lisa.
Puan Sri Mahani pula hanya tersenyum dengan seribu satu maksudnya yang tersendiri. ‘Dah agak dah, dia ni mesti nak satukan aku dengan anak dia punya. Ish, tolonglah! Aku baru umur 16 tahun. Tak sesuailah cakap pasal kahwin, cakap pasal cucu lagilah tak sesuai...Aku tak nak kahwin masa usia muda ok! Sekurang-kurangnya pun biarlah habis SPM.... Lainlah kalau anak dia handsome macam Kim Hyun Joong ke...Bolehla’ Lisa juga tidak henti-henti bercakap, tapi dalm hati je la. Hehehe...
Apa!?? Korang tak kenal Kim Hyun Joong? Biar betul! Yoon Ji Hoo kenal tak? Kenal pun... Kim Hyun Joong la yang berlakon watak Yoon Ji Hoo dalam cerita Korea Boys Over Flower tu. Suara dia sedap tau...Al-maklumlah... Kim Hyun Joong kan ketua kumpulan band yang popular kat Korea Selatan tu.. SS501 nama group-nya. Lisa ni memang die-hard fan dengan kumpulan tu sampai dekat siling bilik dia pun dia tampal poster kumpulan tu. Katanya, senang nak tengok masa baring atas katil. Hish, apa-apa je la Lisa oi....

“Kau ni pun Zai, asyik puji anak aku je. Anak kau mana pulak perginya? Aku pun nak berkenalanlah jugak dengan bakal menantu aku tu” Aunty Zaimah tergelak mendengar kata-kata Puan Sri Mahani itu. Lisa pula hanya tersenyum sumbing. Tak mampu rasanya untuk dia ketawa dengan kata-kata mamanya yang baginya langsung tak kelakar itu.

“Dia kat atas lagi, tengah bersiap. Marilah masuk dulu. Rasanya dah lama sangat kita berdiri dekat pintu pagar ni. Jom masuk Mah, Lisa. Majlis pun lambat lagi nak mula.” Ajak Aunty Zaimah.


Lisa duduk bersendirian di tepi kolam renang itu. Dari jauh dia memerhatikan mamanya dan Aunty Zaimah berborak. Entah apa yang diborakkannya pun tak tahu la. Maklumla, Puan Sri Mahani dengan Aunty Zaimah ni memang best friend sejak dari zaman sekolah lagi. Mereka pernah terputus hubungan tetapi berjumpa semula 2 tahun lepas.
‘Ramai jugak yang datang kat majlis ni, berapa oranglah agaknya Aunty Zaimah jemput.’ Lisa melekapkan earphone ketelinganya. Dia melihat semua tetamu yang hadir sibuk dengan hal masing-masing. Ada yang bersembang, ada juga beberapa orang yang termenung di tepi kolam renang itu sepertinya. Mujurlah dia membawa MP3-nya ke sini, kalau tak boleh mati kebosanan. Dia terus memainkan lagu ‘Love Ya’ dari kumpulan favourite-nya, SS501. Mulutnya terkumat-kamit mengikut lirik lagu yang dimainkan itu.

“Ehem..ehhem” Tiba-tiba Lisa mendengar orang berdehem. ‘siapa pulak la yang kacau konsentrasi aku ni? Tak nampak ke orang tengah melayan perasaan? Memang nak kena sound betullah mamat ni. Dahla tak bagi salam.’

“Apa ehem...ehhem.....Tak reti bagi salam ke hah? Ni lah sebab apasal aku menyampah dengan orang kaya, Tak ada adab langsung!!!” selepas men-sound mamat tersebut Lisa terus memblahkan dirinya dari situ. Namun, tindakannya yang kurang pantas tu menyebabkan orang yang dipanggil ‘mamat’ itu berjaya menahannya dari pergi. Mamat tersebut menariknya ke satu sudut yang agak tersorok di banglo 3 tingkat itu.

“Amboi, sedapnya mulut awak panggil saya mamat. Saya ada namalah. Nama saya Zafril Adam Muhammad Hakimi.”

“Ada saya tanya nama awak? Tak de kan? Boleh tak awak lepaskan tangan saya ni? Sakitlah!!” Lisa mula panas dengan tindakan makhluk tuhan yang bernama Zafril Adam Muhammad Hakimi ni. ‘Nama dahla pelik. Rasanya nilah first time aku dengar seseorang yang mempunyai nama tengahnya Muhammad. Bukan ke selalu orang letak nama Muhammad kat tengah? Ish, apa yang aku dok melalut ni? Sibuk dengan nama dia. Suka hati mak bapak dia la nak letak nama dia apa.’ Setelah beberapa percubaannya untuk melarikan diri gagal, Lisa mengambil keputusan nekad untuk memijak kaki lelaki itu.

“Auchh...” Jerit mamat yang memiliki nma yang panjang itu. Serentak dengan itu dia merasakan pegangan mamat tadi di pergelangannya longgar. Lantas dia menarik tangannya lalu beredar dari situ. ‘berjaya pun.’ Lisa menguntum senyuman kemenangan. Dia memang pantang apabila ada orang menyentuh dirinya lebih-lebih yang bukan muhrim. Lisa terus menuju kearah mamanya.


“Lisa pergi mana tadi? Puas mama cari. Baru tadi anak Aunty Zaimah datang. Mama suruh dia cari kamu. Last-last, kamu yang sampai dulu.”

“Kenapa mama suruh dia cari Lisa? Dia kan tak pernah tengok muka Lisa, mestilah tak jumpa.”

“Mama dah bagi gambar kamu kat dia tadi. Tak kan lah tak cam lagi kut.” Puan Sri Mahani berkata lagi. ‘Oh tidak, mama bagi gambar aku kepada orang yang tidak dikenali!! MAMA!!!! Kenapa mama bagi gambar Lisa kat dia. Kan Lisa selalu cakap jangan bagi gambar Lisa dekat sesiapa!!!!’ Lisa mendengus sendirian. Namun kemarahannya hanya dipendam dalam hati. Tidak sanggup rasanya dia memarahi ibunya hanya kerana perkara kecil seperti itu.

“ Kejap lagi sampai la dia tu. Lisa, duduklah dulu.” Sampuk Aunty Zaimah. Lisa mengambil tempat di kerusi kosong disebelah Aunty Zaimah


“ Puteri Nur Illieya Alyssa. Hmmm... Not bad. Garang tapi cute.” Zafril bercakap sendirian. Gambar ditangannya itu terus direnung. Bibirnya menguntum senyuman. Dia benar-benar tidak menyangka bahawa semuanya akan berakhir dengan begini kerana sebaik sahaja Puan Sri Mahani menghulurkan gambar Lisa kepadanya, dia langsung tidak beminat untuk mengambil tahu tentang gadis itu.
Malahan dia telah merancang untuk mengugut bakal gadis yang akan dijodohkan dengannya itu supaya membatalkan rancangan orang tua mereka dan menyuruh gadis itu supaya berpura-pura tidak meminati dirinya. Ini kerana dia memang tidak menyukai anak orang kaya. Baginya, mereka ini tergolong kumpulan yang mengada-ngada dan suka menghabiskan wang orang tua, lepas tu menggoda lelaki kaya sepertinya.
Tapi Alyssa ni agak lain baginya kerana inilah pertama kali dalam hidupnya dia dimarahi oleh seorang insan yang bernama perempuan selain mamanya. Selalunya manusia yang dia jumpa semuanya tidak kisah apabila dia tidak memberi salam. Hanya mamanya sahaja yang suka membebel. Sebab itulah dia mengatakan bahawa Alyssa ini agak istimewa. Tambahan lagi, Alyssa ini....erm..dia tidak perlu menyuruh Alyssa untuk berpura-pura tidak meminati dirinya kerana dia sangat yakin yang Alyssa tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap dirinya.
‘Tak boleh jadi ni, kalau dia tak minat dengan aku, susahlah nak rapat dengan dia. Silap-silap mama tak jadi nak kenalkan aku dengan dia. Ish mana boleh. Aku dah syok giler dekat Alyssa ni. Zafril, Zafril! Tulah, lain kali jangan nak rancang yang bukan-bukan. Nak ugut dia lah, itulah, inilah. Tengok sekarang, Alyssa langsung tak minat kau.’ Zafril mengutuk dirinya sendiri. ‘Kau kena bertindak sekarang, Zafril. Pastikan dia jadi milik kau.’ Hatinya berkata lagi. Kasihan Zafril. Keadaan sekarang memang benar-benar seperti yang dia rancang tapi dia pula yang tidak mahu perkara ini terjadi. Hahaha...


“ASSALAMUALAIKUM!!!” Kedengaran suara orang memberi salam. Lisa hanya menjawab salam itu dalam hati. Tidak minat langsung dia untuk memandang wajah jejaka yang memberi salam itu.
Dia berpura-pura membaca SMS di handphone-nya. Wajahnya itu langsung tidak dinaikkan untuk melihat rupa anak Aunty Zaimah walaupun sekilas. Zafril sengaja memberi salam dengan kuat, saje nak tengok Lisa jawab ke tak. Ye la, tadikan Lisa marah dia sebab tak bagi salam. Kalau Lisa tak jawab, bolehlah Zafril ‘memulangkan paku buah keras’ kepada Lisa balik. Hehehe... Oh Zafril, ada hati nak balas dendam erk??
‘Ok jugak mamat ni, bagi salam bila berjumpa. Ni mesti kes nak ambil hati bakal mak mertua ni. Tolonglah! Aku tak akan terpedaya dengan orang kaya yang berlagak alim ni! Tapi apasal suara dia macam pernah dengar erk?’ Lisa berkata dalam hati. Lisa ni memanglah, kalau orang tak bagi salam dia kata orang kaya tak beradab, kalau orang tu bagi salam pulak dikatanya orang kaya berlagak alim. Aduhai...

“Wa’alaikumsalam.” Jawab Puan Sri Mahani dan Aunty Zaimah serentak.

“Ini ke anak teruna kamu, Zai? Handsome-nya. Ada iras-iras papanya lah”

“Ni lah satu-satunya anak aku, Mah. Namanya Zafril Adam Muhammad Hakimi.” Balas Aunty Zaimah. ‘Zafril Adam Muhammad Hakimi, macam baru je aku dengar nama tu.’ Desis Lisa dalam hati. Dia masih lagi tidak menyedari bahawa anak Aunty Zaimah itu merupakan orang yang baru sahaja ‘bergaduh’ dengannya sebentar tadi. Cepatnya Lisa lupa nama dia!!

“Ish budak ni, salamlah dengan tetamu tu. Ni Aunty Mahani. Aunty Mahani ni best friend mama sejak dari sekolah lagi tau. Yang sebelah mama ni namanya Puteri Nur Illieya Alyssa, Panggil dia Lisa je. Lisa ni anak Aunty Zaimah.” Aunty Zaimah menambah lagi apabila melihat anaknya masih kaku di tepi meja tempat mereka sedang duduk itu.

“Apa khabar Aunty?” Zafril menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Puan Sri Mahani. Zafril menghulurkan pula tangannya untuk bersalam dengan Lisa tetapi hulurannya itu tidak disambut oleh Lisa. Ye lah, Lisa kan tengah ‘khusuk’ main dengan handphone  dia, mana dia sedar ada orang tengah hulurkan tangan.

“Ehem...ehhem!!” Zafril mendehem agar kehadirannya itu disedari oleh Lisa. Tangannya masih lagi dihulurkan kepada Lisa. ‘Macam pernah dengar je bunyi tu.’ Lisa mengangkat mukanya.

“You...again!!” Lisa tidak menyedari yang dia sudah separuh menjerit. Akhirnya dia menghulurkan juga tangannya untuk bersalam dengan Zafril. Aunty Zaimah dan Puan Sri Mahani tercengang apabila mendengar apa yang dikatakan Lisa tadi.

“Lisa dah pernah jumpa dengan Zafri ke?” Soal Puan Sri Mahani kepada Lisa. Lisa teragak-agak untuk memberi jawapan. ‘Tak kanlah aku  nak cakap yang tadi dia tegur aku, pastu aku marah-marah dia. Mesti nanti aku yang kena marah balik.’ Habis kau kali ni Lisa...

“Sebenarnya ma....err..emm..err..”

“ Sebenarnya Aunty, tadi Lisa terlanggar saya. Tu yang kita orang boleh kenal tu..”

“Oh!” Puan Sri Mahani memotong ayat Zafril sebelum Zafril menghabiskan ayatnya. ‘Fuh, nasib baik mama tak banyak tanya. Nasib baik Zafril pandai cover line. Tapi sesedap hati je kau cakap aku terlanggar kau. Haish.. sabar jelah..’ Lisa menghembus nafas lega.

Lisa hanya mendengar sahaja perbualan antara mamanya, Aunty Zaimah dan Zafril. Dia langsung tidak menyangka bahawa mamat yang mencari gaduh dengannya tadi merupakan seseorang yang akan diperkenalkan kepadanya. ‘patulah dari tadi aku rasa tak sedap hati.’ Sesekali dia melihat Zafril. Zafril ni memang sengallah. Puan Sri Mahani tengah cakap dengan dia, boleh lagi dia mengenyitkan mata kepada Lisa. Lisa semakin menyampah apabila Zafril tersenyum kearahnya. ‘memang tak salah jangkaan aku yang lelaki ni bajet alim je tadi.’

“Majlis nak mula dah ni, lagi lima minit je. Kami minta diri dululah ye, sebab nak check audio system. Mah dengan Lisa bolehlah ambil tempat dekat bawah khemah tu dulu. Kejap lagi mesti ramai orang. Takut tak cukup tempat duduk pulak.” Aunty Zaimah dan Zafril terus beredar.

“Mari Lisa.” Ujar Puan Sri Mahani sambil menarik tangan  anaknya pergi.


“..... kepada para hadirin sekalian, terima kasihlah kerana sudi meluangkan masa menghadirkan diri ke party hari jadi anak saya ni. Saya harap anda semua sudi meluangkan masa lagi untuk ke majlis-majlis yang bakal kami sekeluarga anjurkan.....” Aunty Zaimah berucap ketika acara penutup majlis itu. ‘Boringnya..... Nilah salah satu sebab kenapa aku tak suka pergi mana-mana partyatau majlis, ucapannya panjang berjela.... Dahla buat majlis malam-malam, orang ngantuk tau tak??!!’ Lisa mengomel sendirian.Para tetamu semakin berkurangan dihalaman banglo itu. Jam pun sudah menunjukkan pukul 12:00 tengah malam. ‘Akhirnya!!!! Majlis habis jugak. Balik ni terus tidurlah.’


Popular posts from this blog

Pengalaman Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) MARA

Student Exchange Programme (SEP) in UM - How to Apply?